Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Keadilan telah memutuskan untuk menganjak tarikh Kongres Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sepatutnya diadakan pada akhir bulan ini kepada tarikh baharu, 16 dan 17 Julai depan.<br /><br />Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, kongres itu akan berlangsung di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam, Selangor.